Di Ranjang
Posisi Unik
Sep
10

Nak Mengutuk Pun Ade nak Gelak Pun ader..

Posted by naza on September 10, 2009

Tadi gua ade buat proses mendelete gambo lamo yang dok menimbun dalam memori enset gua. Tetibe terjumpa pulak gamba nih. Sebenaunya gambo ni lama dah gua nak taruk kat sini. Tapi terlupa pulak.. Bila gua tengok gamba ni balik.. kekadang ade gak rasa nak mengutuk penulis tuh.. kekadang rase nak gelak pun ade.. Mana taknya.. setahu gua selama gua belajar Bahasa Melayu kat sekolah sampai sekarang.. gua tak pernah lagi tengok cikgu gua tulis perkataan nih.. “Kerkah” . Tapi ni dalam surat khabar..gua boleh jumpa benda nih..memang lawak betul laaa..

Sep
10

Gua Nak Kongsi Link

Posted by naza on September 10, 2009

Allo kengkawan.. gua rasa di bulan yang baik dan hari yang baik ni.. apa kata kita pakat reramai kongsi link blog memasing. Gua rasa gua dah kekurangan kawan memandangkan banyak link yang gua add dulu skang dah kondem.Mungkin tuanpunya dah tak berminat nak menaip kot… Gua ni boleh dikatakan ibarat dah ilang member hehehehe.. :siul  . Memandangkan hari pon dah lewat malam ni.. jadi dengan segan silunya gua nak ajak korang semua tepek link blog korang kat sini.  Kalo berani sila sahut cabaran gua nih.. :mai . Cara nak sahut cabaran mudah saja.. korang hantar komplen /komen kat entry ni beserta link blog memasing… dan langkah seterusnya gua yang buat..Korang jangan risau.. Manakala balasan korang pulak… korang add je link blog gua ni kat blog korang yg cun melecun tuh.. oraitt?? :tepuk :galak  Jom g masuk tido..gua dah ngantukk.. esok nak kek kuantan lak.. jangan luupa sahut cabaran gua tuh.. kalo korang tak sahut cabaran gua.. korang memang tak rock laaa..  :siul

Sep
08

Koleksi Lagu Raya

Posted by naza on September 8, 2009

Kita berpuasa pon dah sampai separuh bulan kan. Kali ni gua nak share kat korang sumer koleksi lagu-lagu raya yang gua dok simpan selama ni.Kat radio pon memang tengah hangat dok pusing lagu raya. Kalo korang nak korang download jer lah.. Dan tidak lupa gua nak mengucapkan selamat berpuasa dan salam Nuzul Quran untuk tahun 2009 ni. jangan lupa baca Quran dan mintak ampun banyak- banyak sempena puasa nih. Semoga dosa kita diampunkan..

Nuzul Quran

p/s: gambar pow dari fitrahpower.net

:- NAK DOWNLOAD LAGU RAYA SILA KLIK SINI-:

Sep
07

Yang Ni Lagi Gampang!!

Posted by naza on September 7, 2009

Semalam maybank2u buat gua betul betul bengang , hangin dan menyampah.. memang celake betul laa… habis rancangan gua tergendala semalam. Gua rasa bukan gua sorang je kena ni.. gerenti pengguna lain pon pernah kena macam gua jugak. Gua mintak nombor TAC dari pukul 10:48 malam 6 september… tapi sampainya pukul 11:09 pagi keesokannya. Wei CEO Maybank.. bukan dah bole pakai pon no TAC yang ko bagi kat aku tuh. Memang celaka betul… Gua memang rasa serta merta nak bertukar ke CimbCliks. Sebenarnya masalah TAC lambat sampai ni bukan gua kena sekali dua jer.. dah berkali-kali.. tapi semalam ade urusan penting nak buat.. time tu la pulak maybank2u ni buat celaka..Tu yang gua hangin betul.. kalo ade sape- sape yang kerja maybank yang baca apa gua tulih ni sila-sila la yer fowardkan gua nyer entry ni kat CEO korang. Biar dia reti dan paham sket perasaan pelanggan… Dengar khabar maybank untung berjuta-juta nak upgrade sistem pon takleh ker?? Gampangg!!

gampang

maybank gampang

- Korang nilai dan tengok sendiri lah betul ke tidak apa aku cakap…..

Sep
05

Mahal Cam Gampang !!

Posted by naza on September 5, 2009

Anda percaya?? Ayam seketul 2x lebih besar dari ibu kaki gua ni berharge RM3.00 . Cam gampang mahal… gua rase nak tumbuk-tumbuk je muke penjual tu. Nasib baik pompuan. Mentang-mentang bulan pose depa ambik kesempatan pulak. Gua rasa depa tu nak g mekah kot lepas raya nanti.. Maklumlah untung banyakkk … Tak caya cakap gua datang le  beli kat Bazar Ramadan kat Kuale Lipis neh..

ayam seketul

Aug
22

Gua Sudah Jadi Askar

Posted by naza on August 22, 2009

Pada 18 hb Ogos 2009, tamat sudah latihan asas gabungan pakar RAJD siri 2/2009 di Kem Lok Kawi Sabah. Dan sekarang gua dah disahkan jadi askar wataniah bagi rejimen Askar Jurutera Diraja ke 60 (Pakar Pengendalian Air). Walapon orang kata gua ni askar susu, tapi gua tak heran sebab gua dah bole main dan kendalikan senjata api muahahhaahaha..

huh..

hensem gak gua ni kalo loreng muka yerk ahakss..

Kat Checkpoint..

Sebelom PT Tempur panaskan badan sat..

Seko seko berat cam badak..

Dlm dorm.

Baca ikrar lepas tamat pertandingan tembak piring.

Lepas tamat perbarisan akhir..

Apr
30

Siaran Baru – SalamFM

Posted by naza on April 30, 2009

Korang pernah dengar Salam FM ? Gua pun baru je tau saluran radio ni, tu pun nak mujur serempak time godek godek siaran radio kat enset gua utk layan sebelum tido. Gua terus bingkas bangun dan ngadap laptop jumpa pakcik google nak tau radio ni sape yang punya. Rerupanya radio ni kepunyaan JAKIM. patut laa pepagi hari ade mengaji quran dan doa selamat. Ni dia maklumat yang gua dapat hasil dari menanya pakcik google.

Radio Jakim “SALAM FM” Mula Siaran

SALAM FM

Tag Line : Menjana Minda Ummah

Masa Siaran : Jam 0100 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari

Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam

Siaran Percubaan : Bermula 15 Februari 2009 Mulai Jam 0100
sehingga 0800, 7 jam berterusan

Frekunsi : FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG

FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT

FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON HIGHLAND

GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK) SW 6070 KILOHERTZ

GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER

SW 9750 KHZ 48.58 METER

Objektif :

1.Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;

2.Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;

3.Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia.

-Untuk lebih jelas korang bleh g sini.

Apr
07

Gua Dah Jadi Laki Orang Daa..

Posted by naza on April 7, 2009

Gambo-gambo sekitar majlis kawen gua. Kepada semua kengkawan yg sampai kat majlis gua tu, gua ucapkan jutaan terima kasih. Kepada yg pos hadiah dan antar ucapan melalui sms tu pun.. gua ucapkan terima kasih, walapon jasad tak sampai kat majlis kawen gua, sekurang-kurangnya roh tuh sampai jugak hehe.. Ingat jugak korang kat gua yg hina dina ni yerk.. kepada kengkawan yg takde “roh” dan “jasad tuh” .. gua paham la musti banyak keje kot.Gua harap korang doakan supaya gua kekal bahagia selamanya…amin..

Malaysia Web Hosting