Kempen
Posted by warpak on August 18, 2007
TANGGUNGJAWAB SOSIAL HARUS DITUNAIKAN WALAU DALAM KEADAAAN APA SEKALIPUN
Assalamualaikum.. di sini gua ingin menunaikan tanggungjawab sosial gua sebagai pengguna Islam dengan menyokong dan memanjangkan kempen-kempen yg dilakukan di web PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) ke dalam blog gua. Di harap usaha gua ini akan dapat menyemarakkan lagi kesedaran ke dalam diri pengunjung blog gua. Mungkin selama nih , ada yang tidak tahu dengan kewujudan PPIM.
Jadi gua harap selepas ini sama sama lah kita menyokong usaha murni badan-badan NGO Islam seperti PPIM dalam memperjuangkan kepentingan umat Islam untuk rakyat Malaysia dan dunia amnya. Sumbangan berbentuk wang ringgit juga bole dibuat dengan memasukkan derma sebanyak mana yang termampu ke akaun CIMB PPIM = 12280003622053 . Semoga derma korang dapat memudahan lagi urusan PPIM dan diharap sumbangan ikhlas korang mendapat kerahmatan Allah s.w.t hendaknya.



