Archive for September, 2009
Posted by naza on
September 17, 2009
Huh… kecewa betul gua raya tahun nih. Akibat kecuaian orang lain gua jadi mangsa. Gua rasa macam nak pijak-pijak jer makcik yang langgar keta gua. Memang bawak cuai.. dah tahu jalan bengkang bengkok dan berbukit masih bawak laju. Kecewa betul .. rasa nak nangis pon ade.. keta yang gua dok gosok.. dok bela.. dok basuh..dok kiwi tayar selama bertahun-tahun… yang banyak bagi jasa kat gua utk gua bekerja.. ulang alik untuk belajar setiap minggu telah dijahanamkan oleh makcik yang cuai dalam masa 3 saat sahaja. . Tapi apakan daya..benda dah berlaku.. jadi terpaksalah tahun ni gua beraya tanpa kereta sendiri. Sedih wooo…………
keta yang gua sayang telah dikorbankan oleh seseorang yang cuaiiiii… memang eii eii rase nak hempok jerkk… Geram pon ade ni… tapi sedikit sebanyak.. ada jugak gua bersyukur .. mujurlah gua tidak beraya dalam hospital je..mungkin tuhan masih sayangkan gua lagik dan mungkin jugak.. tuhan nak hapuskan dosa dosa gua sempena bulan rmadhan ni atau nak menguji iman gua.. Ok lah kawan..kalo ada yang baca blog gua ni doakan gua semoga gua dimudahkan segala urusan sentiasa…
p/s; Kepada anip… aku aku ucapkan terima kasihh banyakk banyakk… kau banyak tolong aku tadi dan tawarkan untuk aku guna keta savvy kau tu untuk aku balik beraya tahun nih menggantikan keta aku yg dah rosak teruk tuh.. tengkiu.. jasa kau aku tak lupa kawan…..
Posted by naza on
September 12, 2009

Hahaha..
kesian sungguh aku tengok mamat ni menunggu untuk berbuka puasa…![]()
Fakta:
- budak baru masuk kerja.
-menumpang sementara dapat umah
-umoq 22 tahun
-bujang
-dah gatal nak bebini dah ni.. saper ade adik tu offrer2 la yer kat dia.. 
Posted by naza on
September 10, 2009
Tadi gua ade buat proses mendelete gambo lamo yang dok menimbun dalam memori enset gua. Tetibe terjumpa pulak gamba nih. Sebenaunya gambo ni lama dah gua nak taruk kat sini. Tapi terlupa pulak.. Bila gua tengok gamba ni balik.. kekadang ade gak rasa nak mengutuk penulis tuh.. kekadang rase nak gelak pun ade.. Mana taknya.. setahu gua selama gua belajar Bahasa Melayu kat sekolah sampai sekarang.. gua tak pernah lagi tengok cikgu gua tulis perkataan nih.. “Kerkah” . Tapi ni dalam surat khabar..gua boleh jumpa benda nih..memang lawak betul laaa..

Posted by naza on
September 10, 2009
Allo kengkawan.. gua rasa di bulan yang baik dan hari yang baik ni.. apa kata kita pakat reramai kongsi link blog memasing. Gua rasa gua dah kekurangan kawan memandangkan banyak link yang gua add dulu skang dah kondem.Mungkin tuanpunya dah tak berminat nak menaip kot… Gua ni boleh dikatakan ibarat dah ilang member hehehehe.. :siul . Memandangkan hari pon dah lewat malam ni.. jadi dengan segan silunya gua nak ajak korang semua tepek link blog korang kat sini. Kalo berani sila sahut cabaran gua nih..
. Cara nak sahut cabaran mudah saja.. korang hantar komplen /komen kat entry ni beserta link blog memasing… dan langkah seterusnya gua yang buat..Korang jangan risau.. Manakala balasan korang pulak… korang add je link blog gua ni kat blog korang yg cun melecun tuh.. oraitt??
:galak Jom g masuk tido..gua dah ngantukk.. esok nak kek kuantan lak.. jangan luupa sahut cabaran gua tuh.. kalo korang tak sahut cabaran gua.. korang memang tak rock laaa..
Posted by naza on
September 8, 2009
Kita berpuasa pon dah sampai separuh bulan kan. Kali ni gua nak share kat korang sumer koleksi lagu-lagu raya yang gua dok simpan selama ni.Kat radio pon memang tengah hangat dok pusing lagu raya. Kalo korang nak korang download jer lah.. Dan tidak lupa gua nak mengucapkan selamat berpuasa dan salam Nuzul Quran untuk tahun 2009 ni. jangan lupa baca Quran dan mintak ampun banyak- banyak sempena puasa nih. Semoga dosa kita diampunkan..

p/s: gambar pow dari fitrahpower.net
:- NAK DOWNLOAD LAGU RAYA SILA KLIK SINI-:
Posted by naza on
September 7, 2009
Semalam maybank2u buat gua betul betul bengang , hangin dan menyampah.. memang celake betul laa… habis rancangan gua tergendala semalam. Gua rasa bukan gua sorang je kena ni.. gerenti pengguna lain pon pernah kena macam gua jugak. Gua mintak nombor TAC dari pukul 10:48 malam 6 september… tapi sampainya pukul 11:09 pagi keesokannya. Wei CEO Maybank.. bukan dah bole pakai pon no TAC yang ko bagi kat aku tuh. Memang celaka betul… Gua memang rasa serta merta nak bertukar ke CimbCliks. Sebenarnya masalah TAC lambat sampai ni bukan gua kena sekali dua jer.. dah berkali-kali.. tapi semalam ade urusan penting nak buat.. time tu la pulak maybank2u ni buat celaka..Tu yang gua hangin betul.. kalo ade sape- sape yang kerja maybank yang baca apa gua tulih ni sila-sila la yer fowardkan gua nyer entry ni kat CEO korang. Biar dia reti dan paham sket perasaan pelanggan… Dengar khabar maybank untung berjuta-juta nak upgrade sistem pon takleh ker?? Gampangg!!


- Korang nilai dan tengok sendiri lah betul ke tidak apa aku cakap…..
Posted by naza on
September 5, 2009
Anda percaya?? Ayam seketul 2x lebih besar dari ibu kaki gua ni berharge RM3.00 . Cam gampang mahal… gua rase nak tumbuk-tumbuk je muke penjual tu. Nasib baik pompuan. Mentang-mentang bulan pose depa ambik kesempatan pulak. Gua rasa depa tu nak g mekah kot lepas raya nanti.. Maklumlah untung banyakkk … Tak caya cakap gua datang le beli kat Bazar Ramadan kat Kuale Lipis neh..
