Siaran Baru – SalamFM
Posted by naza on April 30, 2009Korang pernah dengar Salam FM ? Gua pun baru je tau saluran radio ni, tu pun nak mujur serempak time godek godek siaran radio kat enset gua utk layan sebelum tido. Gua terus bingkas bangun dan ngadap laptop jumpa pakcik google nak tau radio ni sape yang punya. Rerupanya radio ni kepunyaan JAKIM. patut laa pepagi hari ade mengaji quran dan doa selamat. Ni dia maklumat yang gua dapat hasil dari menanya pakcik google.
Radio Jakim “SALAM FM” Mula Siaran
SALAM FM
Tag Line : Menjana Minda Ummah
Masa Siaran : Jam 0100 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari
Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam
Siaran Percubaan : Bermula 15 Februari 2009 Mulai Jam 0100
sehingga 0800, 7 jam berterusanFrekunsi : FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG
FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT
FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON HIGHLAND
GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK) SW 6070 KILOHERTZ
GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER
SW 9750 KHZ 48.58 METER
Objektif :
1.Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;
2.Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;
3.Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia.
-Untuk lebih jelas korang bleh g sini.



Add A Comment