Archive for April, 2009

Siaran Baru – SalamFM

Posted by naza on April 30, 2009

Korang pernah dengar Salam FM ? Gua pun baru je tau saluran radio ni, tu pun nak mujur serempak time godek godek siaran radio kat enset gua utk layan sebelum tido. Gua terus bingkas bangun dan ngadap laptop jumpa pakcik google nak tau radio ni sape yang punya. Rerupanya radio ni kepunyaan JAKIM. patut laa pepagi hari ade mengaji quran dan doa selamat. Ni dia maklumat yang gua dapat hasil dari menanya pakcik google.

Radio Jakim “SALAM FM” Mula Siaran

SALAM FM

Tag Line : Menjana Minda Ummah

Masa Siaran : Jam 0100 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari

Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam

Siaran Percubaan : Bermula 15 Februari 2009 Mulai Jam 0100
sehingga 0800, 7 jam berterusan

Frekunsi : FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG

FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT

FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON HIGHLAND

GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK) SW 6070 KILOHERTZ

GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER

SW 9750 KHZ 48.58 METER

Objektif :

1.Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;

2.Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;

3.Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia.

-Untuk lebih jelas korang bleh g sini.

Gua Dah Jadi Laki Orang Daa..

Posted by naza on April 7, 2009

Gambo-gambo sekitar majlis kawen gua. Kepada semua kengkawan yg sampai kat majlis gua tu, gua ucapkan jutaan terima kasih. Kepada yg pos hadiah dan antar ucapan melalui sms tu pun.. gua ucapkan terima kasih, walapon jasad tak sampai kat majlis kawen gua, sekurang-kurangnya roh tuh sampai jugak hehe.. Ingat jugak korang kat gua yg hina dina ni yerk.. kepada kengkawan yg takde “roh” dan “jasad tuh” .. gua paham la musti banyak keje kot.Gua harap korang doakan supaya gua kekal bahagia selamanya…amin..