Archive for February 13th, 2009

Arghh, Email Tipu Lagi !

Posted by naza on February 13, 2009

Huh.. sekali lagi gua terima email dari pencuri cyber. Biasalah email mengenai maybank2u.com. Kononnya serious problem la tu.. Gua nak ingatkan korang semua, JANGAN PERCAYA MANA MANA EMAIL YANG BERKAITAN MAYBANK dan JANGAN CUBA LOGIN MENGGUNAKAN PAUTAN LINK DARI EMAIL TERSEBUT. Ini kerana maybank tidak sekali-kali berurusan dengan pelanggannya menggunakan email. Email yang korang dapat dan pautan link yg terdapat di dlm email tersebut JIKA DI KLIK akan membawa kamu ke laman web phising yang seakan-akan website maybank. Jika korang login dari situ, habis lah korang.. Username dan Password korang terus masuk ke inbox pencuri tersebut.

Ini email tipu yang gua dapat..

Yang Ni Pulak cuba perhatikan link website tuh.. Sepatutnya https://www.maybank2u.com..

Kalau korang nak main-main dan menyumpah/maki pencuri tersebut pun boleh, kat username dan password taip je apa yg korang suka dan tekan login. Nanti apa yg kita taip akan sampai kat email pencuri tuh (tapi jgn masukkan username dan password betul beb…)

Screenshot Yang kat bawah ni Link Sebenar maybank2u.com…

( kena perihatin sket.. kebanyakan yang kena tipu dia tak ambik kisah pasal link.. )

Perlu di ingatkan.. anda Jangan login maybank2u sekiranya link tersebut tidak bermula dengan https:// dan diikuti www.maybank2u.com.my/.

Dan jika anda terjumpa link/web phising sebegini.. rajin-rajinlah anda report kat Maybank dengan mengisi Phising Report Form .Semoga report anda tu dpt menyelamatkan orang lain dari tertipu.