Archive for February, 2009

Barang “Lanun” Pun Di Jualnyer??

Posted by naza on February 18, 2009

“Argh giler… ” tu ayat pertama gua bile masuk web nih!!? Mana tak gile nyer, barang pirate pun dijualnyer. Kononnya semurah RM 1.00. Memang le bole murah sebab software-software yang dah di crack tu ngko dapat free dari web-web warez ataupun DDL nyer web… pastu ngko jual balik kat orang yg tak tahu apa apa. Ngko terang-terang menipu orang yang tak tahu sangat perihal komputer dan tenet nih. Software-software tu semua bukannya bole pakai lama. Tersilap je tekan update ..dah takleh pakai.

–> antara email spam yg masuk inbox gua.

->> hurm.. memacam la yerk cara carik duit kat tenet skang nih… :ngantuk

Most Searched Keywords

Posted by naza on February 14, 2009

–> memang teruja jugak yer rakyat Malaysia dengan Proton MPV nih. Kalo tengok kepada carian.. tempat teratas sekali. Ni hanyalah statistik yg dicatat dari blog gua yg satu lagi.

–>haha yang ni buat gua gelak sensorang. Ade lagi rakyat Malaysia yg layan tenet semata-mata nak cari bahan lucah. Ciss… membazir maser jerk..

Arghh, Email Tipu Lagi !

Posted by naza on February 13, 2009

Huh.. sekali lagi gua terima email dari pencuri cyber. Biasalah email mengenai maybank2u.com. Kononnya serious problem la tu.. Gua nak ingatkan korang semua, JANGAN PERCAYA MANA MANA EMAIL YANG BERKAITAN MAYBANK dan JANGAN CUBA LOGIN MENGGUNAKAN PAUTAN LINK DARI EMAIL TERSEBUT. Ini kerana maybank tidak sekali-kali berurusan dengan pelanggannya menggunakan email. Email yang korang dapat dan pautan link yg terdapat di dlm email tersebut JIKA DI KLIK akan membawa kamu ke laman web phising yang seakan-akan website maybank. Jika korang login dari situ, habis lah korang.. Username dan Password korang terus masuk ke inbox pencuri tersebut.

Ini email tipu yang gua dapat..

Yang Ni Pulak cuba perhatikan link website tuh.. Sepatutnya https://www.maybank2u.com..

Kalau korang nak main-main dan menyumpah/maki pencuri tersebut pun boleh, kat username dan password taip je apa yg korang suka dan tekan login. Nanti apa yg kita taip akan sampai kat email pencuri tuh (tapi jgn masukkan username dan password betul beb…)

Screenshot Yang kat bawah ni Link Sebenar maybank2u.com…

( kena perihatin sket.. kebanyakan yang kena tipu dia tak ambik kisah pasal link.. )

Perlu di ingatkan.. anda Jangan login maybank2u sekiranya link tersebut tidak bermula dengan https:// dan diikuti www.maybank2u.com.my/.

Dan jika anda terjumpa link/web phising sebegini.. rajin-rajinlah anda report kat Maybank dengan mengisi Phising Report Form .Semoga report anda tu dpt menyelamatkan orang lain dari tertipu.

Bonos K’jaan?

Posted by naza on February 9, 2009

Pheww.. pagi tadik gua masuk opis. Gua dapat berita baik. Mulai sekarang, gua tak perlu lagi risau pasal duit nak bayar parking keta tetiap bulan. Kjaan bitau dah bole claim balik tapi setakat rm90 je la.. Ok lah tu, janji bole membantu kakitangan kjaan macam gua ni. Itu pun dah cukup baik time ekonomi dunia tengah gawat nih..

Forum Komuniti PHPBB kena hack

Posted by naza on February 5, 2009

Huh.. forum phpbb pun kena hack… kesian. Barang free pun ade jugak yg nak hack. Pelik tol. Nk tunjuk skill kotz.

Dan Ini dia web orang yg mengaku? buat kerja tolol tuh..

Anda Semua Di Jemput Secara Rasmi

Posted by naza on February 5, 2009

SECARA RASMINYA GUA MENJEMPUT KAWAN-KAWAN SEMUA UNTUK MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN GUA PADA 16 MAC 2009 BERTEMPAT DI TELIPOT, K. BHARU DAN MENYAMBUT MENANTU PADA 18 MAC 2009 DI KG GUA KAT JELI . PETA DAN LOKASI BOLEH DI LIHAT PADA KAD JEMPUTAN ATAU KLIK SINI. DAN KEPADA RAKAN-RAKAN CHAT YG DOK KAT KB TU SEPERTI ZAM, MESO, SWEN, EDY, MEK NA , YUS GAY DAN LELAIN TUH JGN BUAT ALASAN TAK DATANG , GUA HEMPUK KARANG.. SKANG GUA DAH JEMPUT SECARA RASMI. NAK HANTAR KAD GUA RASA TAK SEMPAT DAH. MUNGKIN GUA POLOW NGAN SMS LAK LEPAS NI UTK KORANG SEBAGAI PERINGATAN.

p/s: kepada rerakan yg gua tak tulis nama tu jgn pulak anggap gua tak jemput.. takkan gua nak tulis sumer kan kan kan.. dan kepada rakan blog pulak.. kalo ade masa dtg ler jgn risau, anda akan dilayan sebaik mungkin…

Anak Sedara

Posted by naza on February 5, 2009

Ntah nape, tiap kali gua tengok gambar anak sedara gua, hati gua rasa seronok dan tenang. Mungkin sebab depa comel atau gua memang dah sampai seru nak kawen. hehehe..

p/s: tu baru segelintir.. gua sebenarnya dah ade 24 org anak buah ;;) . Yang kat atas tu baru 3 ibu.

Apo Nak Di Kata ?

Posted by naza on February 5, 2009

kerkah

p/s: “Kerkah” ? :ampeh hehe.. apa kata hati anda sekarang ni pada wartawan sinar harian yg menulis berita kat atas tuh??