Archive for November, 2008

Kan Gua Dah Kata..

Posted by naza on November 27, 2008

Betul tak ramalan gua ?semalam?? Lam masa sehari jer dah naik banjirrr.. Semalam gua tengok banyak giler tanah runtuh.. pokok tumbang kat sekitar Lipis. Jabatan kerajaan dan swasta tak menang tangan.. Paling sibuk mestilah JBA, JKR, TNB dan MDL …

——————-

Lipis mula banjir, 31 mangsa dipindah

KUANTAN 26 Nov. – Lipis menjadi daerah pertama dilanda banjir di negeri ini setelah empat kampung di kawasan itu dinaiki air setinggi kira-kira satu setengah meter akibat hujan lebat awal pagi ini.

Berikutan kenaikan paras air bermula pukul 1.35 pagi itu, seramai 31 orang daripada 12 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selain menumpang di rumah jiran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Supritendan Ibrahim Sharif berkata, ia melibatkan 10 mangsa dari Kampung Binjai, Kampung Seberang Jelai (15) serta masing-masing tiga mangsa dari Kampung Beralas dan Kampung Bukit Kota.

”Semua mereka telah pun dipindahkan malam tadi ke stor Jabatan Bekalan Air (JBA) Kampung Beralas, Masjid Seberang Jelai, Balai Raya Bukit Kota dan ada juga yang tinggal sementara di rumah jiran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ibrahim bagaimanapun berkata, kampung-kampung terlibat masih belum terputus hubungan darat dan jalan-jalan raya utama masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Jelas beliau, dengan bermulanya banjir di daerah itu, pihaknya akan menempatkan anggota polis di pusat kawalan operasi bencana banjir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis bagi memudahkan urusan membantu mangsa banjir dan orang ramai.

”Melihat kepada cuaca yang mendung hari ini, semua mangsa dijangka masih tidak boleh pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Mengikut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran, sungai utama di daerah Lipis iaitu Sungai Jelai kini berada pada paras amaran dengan bacaan 71.13 meter dari aras laut berbanding paras normal 67 meter.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Pahang menjangkakan hujan akan bertambah lebat di kawasan Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh bermula esok hingga Sabtu ini.

Menurut jurucakap jabatan tersebut, keadaan hujan itu boleh mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan rendah dan tebing-tebing sungai daerah berkenaan.

Justeru, orang ramai diminta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak situasi berbahaya sekiranya banjir melanda kawasan-kawasan terbabit.

Setel Kerje..

Posted by naza on November 26, 2008

Lega sket ati gua bila blog yg gua usahakan 2 ari lalu dah siap sepenuhnya. Tujuan blog tu dibuat hanyalah utk simpan segala koleksi gambar-gambar yang gua terima dari email. Konsep blog ni sama je ngan blog Koleksi Terbaik ( blog koleksi artikel yg gua buat dulu tu. ) Cuma yang membezakannya, blog artikel tu untuk simpan artikel manakala blog baru ni utk simpan gambar. Dulu gua bantai delete je gambar-gambar yang gua dpt dlm email.. tapi rasa rugi la pulak pasal banyak gamba-gamba yang cantik dibuang begitu sajer. Jadi rajin-rajinlah skodeng blog baru gua tu.. nak skodeng klik sini.

p/s: kalo ade gambar lawa lawa utk disimpan dan dikongsi tu.. email je kat gua.. nanti gua taruk kredit nama korang.

Tengkujuh Datang Lagii

Posted by naza on November 26, 2008

Huh.. gua rasa tak lama lagi kita akan hadapi banjir . Gua tengok sejak petang tadi sampai ke time gua menaip entry ni, hujan masih dok turun. Sebelum tu belah petang gua tgk kat sungai Jelai pun air dah makin naik. Nampak gaya tahun ni kena mengisi paket air bersih skali lagi la untuk diedarkan kepada penduduk yang putus bekalan air bila menjelang musim banjir.. Bukan ngisi paket air tu yang buat gua rungsing, apa yang gua rungsing ialah gua takut time gua nak balik kampung raya korban nanti.. time tu ler air dok naik. Kempunan le gua nak makan daging korban tahun ni,dah le cuti kena beku lagik… Nak tengok tanda-tanda akan banjir?? Haa tgk gambar kat bawah nih.

???

p/s: naik je air melepasi buku lali kat depan umah gua… sah tak lama lagi banjir le Kuale Lipis nanti.. Gua bukan nak kelentong, ni kenyataan beb ahakss ..

Info :- Survivor Camp

Posted by naza on November 13, 2008

Salam mesra..? kali ni gua nak bagitau tentang survivor camp. Walapon gua tidak bersangkut paut langsung ngan camp tersebut tapi gua rasa ada baiknya sekiranya gua hebah-hebahkan terutama jika anda adalah ibubapa yang punyai anak yg suka melawan mak bapak atau bak kata org kelete “keras keng” @ keras kepala.? Gua rasa bagus jika anda cuba cuba usha dan cuba? hantar anak anda ke sana.? Mana tau seleps balik dari sana anak anda akan tunjukkan sikap yang positif. Maklumat lanjut anda bole pergi ke sini . http://www.didikdiri.com

didik diri