Yeezaaa!! hari ni gua dapat juga “menyetupkan” projek juta-juta yang telah lama tertangguh akibat kebizian dan kemalasan yang teramat sangat. Insyallah tak lama lagi projek juta ini akan dirasmikan . Nak tau projek apa ?? Tunggu entry yang akan datang !!
->> p/s: Projek juta yang gua buat ni dinilai dalam rupiah yerr. Bukan dalam Ringgit Malaysia (350 Malaysian ringgits = 1.02219626 million Indonesian rupiahs)
Ari ni gua gumbira sket. Sebab apa yang gua buat semalam menghasilkan keputusan yang cemerlang. Yeahh.. gua dah dapat kontrol pc umah gua dari laptop kat opis. Senang sket gua nak restart atau pantau pc tu pasal pc tu gua dah jadikan server utk share mp3 dan software.
–>kalo nak mp3 ke aper aper pi SINI . Kalo slow jgn marah pasal aku pakai stimik jer hehehe..
Sudah besar rupanya anak sedara gua sorang ni . Tak sangka pulak makin besar makin putih. Dulu masa kecik takde la putih sangat. Muka pun nampak macam muka murah rezeki je. Oklah safwan, bapak sedara kau ni doakan ko besar nanti jadik manusia berguna. Jangan jadi mat rempit yg ntah haper-haper tuh.. mintak jauh. Nasib baik bapak kau bawak kau balik kampung minggu lepas , dapat le jugak tengok kau.
p/s: biler yerr agaknya giliran gua pula jadi bapak org..
Yahuuuu !! Akhirnya gua reti jugak menggunakan kamera DSLR yang gua beli bebaru nih. Orang pakai dslr gua pun nak pakai jugak tapi guna tak reti hehehe :P . Tapi sekarang gua dah yakin dan sudah tau banyak fungsi yg ada kat kamera tu untuk gua godek-godek. Kalo nak lagi power gua cuma perlu rajinkan sket praktik “mengeshoot @k@ menembak” muka-muka member gua untuk lebih mahir .Selama ni gua reti set auto jer kalo nak ambik gamba hehe … tenkiu Adhadi sebab sediakan bengkel sehari dengan bayaran promosi yang berpatutan.
–>>sekitar bengkel..
–>>masa balik lebuhraya karak pulak jem , pasal ade eksiden ditambah lagi orang kl nak balik kg pasal cuti sekolah.. sempat tembak bmw ngan myvi yang jadik punca jalan jem..
–>>cuba korang teka, apa kegunaan botol mineral tersebut ??
Korang pernah baca mastika? Ada satu edisi tu yang cerita pasal anak bunian. Gua cuak giler membacanya. Bole percaya ke manusia kawen ngan bunian pastu dapat anak? Siap tunjuk kura-kura peliharaan berbungkus kain kuning lak tu sebagai bukti kembar bunian kepada anak yg depa bela skang ni. Bagi gua le semua ni karut-marut.. mana ada manusia bole kahwin ngan bunian aka jin aka makhluk halus. Selepas gua baca kisah tersebut, gua dapat buat kesimpulan mudah iaitu “Bayi-bayi yg ditemui di tangga masjid, dalam parit, longkang, dalam sungai , dalam tong sampah dan sebagainya merupakan bayi-bayi malang yang tidak ingin di pelihara oleh Mak-Mak Bunian atau Bapak-Bapak Bunian!! ” makna mudah bagi gua adalah mak-mak atau bapak-bapak bunian tersebut adalah dari kalangan manusia sendiri !! . Nasihat gua kepada kengkawan sumer.. jangan jelmakan diri korang menjadi spesis bunian. Nanti menyesal tak sudah..
Kawan-Kawanku.. Perjuangan Kita Masih Belum Selesai!! hayatilah sajak ini, renungilah keadaan negara kita sekarang ini, dan pikirkan apa akan jadi kepada kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita sekirannya keadaan ini berterusan dan tidak diperbetulkan.
“Perjuangan Belum Selesai”
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996) (www.chedet.com)
–>> Cuba korang pi web JPN . Tu web rasmi JPN ke atau blog KPPN? Huhh.. Apa yang gua nak gelak siap bitau hasil nukilan Dato’KPPN NI kemungkinan kes webmaster dia terlebih bodek nih hahahahaha
Korang pernah tengok tak botol kecik yang gua tunjuk kat gamba tu (klik Gamba Utk besarkan). Gua dapat benda tu dari member gua (budak thai), katanya dapat dari Yala, Thailand .Nama benda alah tu kalo kat area gua dia panggil ‘Ubat Jentik” Apa yang gua tahu sekarang ni mat-mat rempit dan kaki-kaki pompuan memang mencari-cari benda tu. Apa yang gua dapat tahu, cecair dalam tu kalo dimasukkan dalam minuman pompuan membuatkan pompuan mudah terangsang dan senang nak di “NGAP” kan . Betul ke tidak gua tak pasti la sebab gua tak pernah try pon.. , wallahualam.. tetapi mengikut testimoni-testimoni yg gua dapat dari peminat Ubat Jentik ni benda tu memang menjadi dan dia ade 2 jenis. yang cecair putih ni power dia kureng sket berbanding yg cecair merah.
Apa yang gua khuatir… benda ni memang mudah sangat di bawa masuk ke Malaysia dan di salahgunakan. (sebenarnya benda ni khas untuk laki bini je yg mana bini dia kurang nafsu dia bole pakai ubat ni). harga dia bole tahan jugak, Tetapi untuk orang yang dah bekerja tak terasa sangat kalo membeli nya. Tetapi bagi bebudak sekolah terasa la jugak mahalnya.. Jika la ubat ni secara berleluasa di salahgunakan.. gua rasa tak sampai 20 tahun lagi abis anak muda ( aweek-aweks) kat Malaysia ni dah rosak. Bukan apa.. sekarang ni pon pergaulan bebas anak-anak muda kita ngalahkan mat mat saleh dan ditambah lagi dengan pemangkin seperti Ubat Jentik ni.. lagi ler cepat rosaknya..
Apapun.. gua harap kaum pompuan ni terutama awek-awek ni kena berhati-hati la sikit terutama bab minuman. Kalo kuar dating tu pastikan minuman korang jangan ditinggalkan lama lama. kot kot pakwe korang masukkan ubat jentik ..naya korang…
p/s: kang gua buat pendedahan ni..datang pulak polis siasat gua , buat naya jerr hahahahahah :p gua hanya nak bagi nasihat kat budak pompuan je supaya jaga diri elok-eloks sebelum di NGAP kan kat boya darat… Apa pun . untuk aweks-aweks semalaysia. Berwaspada le..