Archive for April, 2008
Posted by naza on
April 30, 2008

Siang tadi masa gua sedang enak-enak repair pc RMA kat opis JBA Jerantut sebab takleh upload data, tetiba enpon gua dapat satu sms dari seseorang. Bila je gua baca sms tuh, senyum lebar gua dibuatnya. Nampak gaya harapan gua nak balik kerja kat negeri sendiri semakin cerah la gamaknya. Tapi skali pikir gua rasa tak best pulak kerja kat negeri sendiri sebab bila time balik raya.. nikmat balik raya tu dah tadak berbanding kita dok jauh dari negeri sendiri. Tapi kalo 2 3 kali pikir, banyak benda baik lak gua nampak, antaranya.. bole jimat duit, bole balik jenguk mak bapak hari-hari dan paling utama bagi gua adalah bole try laksanakan impian gua yang masih belum tercapai lagi setakat ari ni. Apa impian tu korang usah tanya, biar gua sorang je yg tau .. .
Posted by naza on
April 30, 2008

Tracklist:-
1. Jennifer Lost The War
2. Elders
3. Out On Patrol
4. Crossroads
5. Demons
6. Beheaded
7. Tehran
8. Thousand Days, A
9. Blackball
10. I’ll Be Waiting
Download
Posted by naza on
April 27, 2008
Cuba korang pikir, sebab aper ade khemah depa rumah gua nih?? Ni kes takleh masuk umah sbb kena halau kat mak ker atau sebab saje-saje taruk khemah pasal nak lepaskan gian berkhemah?? Macam-macam karenah anak jiran sebelah ni hehehe…

->> terkejut gua.. bukak pintu nak pergi beli nasik sat tadik tgk-tgk ade khemah depan rumah hehehe.
Posted by naza on
April 27, 2008
Pernah terima email sebegini?? abaikan je laa.. buang masa korang jer melayannya. Tak payah nak cuba .. sebab dah tau takde apa apa yang berlaku pun. kalo nak kaya dah ramai orang malaysia ni kaya melalui surfjunk tuh.Benda ni dah bertahun-tahun timbul tapi masih ade lagi yang terpengaruh. Program ni kononnya dia bagi duit kat kita la pasal kita tengok iklan depa. tapi perlu di ingat.. bila kita nak klim duit tuh dia suh kita register dengan bayaran tertentu. Dulu program sebegini memang banyak..Skang dah beransur kiok dah .. kalo pikir lojik.. sekadar tgk iklan kita dapat duit? ciss karut jer ni . Lain la macam google adsense.. Kita dapat duit sekiranya ade orang yg klik dan beli sesuatu produk tuh… Tapi ni sekadar tgk je iklan dah bole duit ..karut giler kerjanya. Ini pendapat gua ler.. kalo orang lain tak setuju apo nak dikato kan kan kan..

–>> hurr memacam gaya dan teknik yer nak menipu org kat alam cyber nih..
Posted by naza on
April 26, 2008
Huh.. teruja gua petang tadik masa pi skodeng diorang buat persiapan untuk expedisi berakit. Skali skala frust gak apahai jabatan gua tak amik bahagian. Kalo tak gerenti gua join beb. Tapi takpelah nak wat camana kan tadak rezeki. Expedisi ni tak silap gua berakhir selepas 8 hari, bermula dari Kuala Lipis sampai ke Pekan, Kuantan. Jauh tu beb.. bayangkan dari hulu sungai tepi Banjaran Titiwangsa (Kulala Lipis) sampai le ker tepi laut nun kat Pekan, Kuantan sana. Gua gerenti hangit le kulit setiap peserta nanti kena bakar dek matahari. Apapun ade le 2 3 keping gambar lucah gua amik tadi utk tatapan dan kenangan gua sempena expedisi berakit 2008 nih.



–>>suasana belah petang..


->>suasana belah malam yang gua hairan mesti ade hiburan tadak ke majlis doa selamat ker majlis makan-makan ker..ade gak faedahnyer tak pun paling koman gua leh melantak..

–> yang ni pulak menyemakkan keadaan muahaha.. 
p/s: Lepas gua dengar Jamal nyanyi 2 3 lagu, gua terus angkat punggung balik rumah. Pedih telinga mendengarnya. Perlu diberitahu, bukan Jamal Abdillah tau yang nyanyi, ni ntah mamat Jamal datang dari mana gua tak tau. Nak kata sumbang kan.. takut kecik hati, nak kata sengau pulak..kang berdosa menghina org ni.. last last senang dok diam jer la yerr.. ahakk
Posted by naza on
April 26, 2008
Korang pernah pakai sofware nih? Benda alah ni sesuai untuk korang yang pakai firefox dan selalu bookmark setiap web yg korang lawati. Korang bole save segala bookmarks, contact, mail, history cache dsbnya yang terdapat dalam Firefox korang. Lepas create backup pakai Mozbackup nih , korang save je nanti ke dalam pendrive. Mana tau nanti pc korang kena format hdd ker.. sekurang-kurangnya link-link website kegemaran korang tak hilang. Bila diperlukan korang hanya restore jer balik kat firefox tuh.


–>> Rugi kalo korang tak pakai benda nih.. sangat berguna.
Posted by naza on
April 25, 2008
Korang pernah layan web wikimapia ? Web ni bukan menceritakan pasal mafia-mafia sedunia tapi web ni macam google maps jugak. Korang bole skodeng bumbung rumah korang melalui web nih. Memula gua masuk web ni gua search Kuala Lipis. Nak tengok bumbung banglo Siti Nurhaliza camne bentuk . Tapi nampak kelabu asap jerk.. pastu gua try search kampung gua sendiri. terang sampaikan bole nampak bumbung rumah…. jadi kesimpulannya.. bila gua nak kawen nanti.. setiap kad undangan gua pakai map ni je la yerr utk kasi senang member nak carik rumah ..
Satu lagi kepada musuh-musuh gua tu.. korang bole dah nak lancarkan peluru perpandu kat kampung gua.. cuma tentukan kordinat kat misil tuh.. nanti dia pi bom sendiri le hehehe..

Posted by naza on
April 21, 2008
Hurmm .. skang ni gua tengok masyarakat kita ni masih tak habis-habis menjadi mangsa dan lebih parah rela pulak jadi mangsa kepada skim mengarut @ pengemis moden . YahooGroups dan GoogleGroups pun tak terkecuali jadi mangsa jugak dengan email spam ntah apa apa dari peserta tolol program tuh. Mana tak ngarutnya.. Usaha 1% sahaja tapi masuk duit ribu-riban sebulan . Pastu untuk mengaburi mata orang ramai.. alamat web pun taruk nama yang ala-ala alim bunyinya… hakikat sebenarnya benda ni sama je seperti yang pernah gua ceritakan tempohari.

Sekali-skala gua pikir.. sikap kita jugak yg menyebabkan web serta program pungut duit secara tak sah ni tumbuh bagaikan cendawan. Kita mudah sangat terpengaruh dengan janji-janji kosong pengendali web, kononnya bole dapat wang banyak tanpa perlu kerja keras. Lagikan jutawan Internet sekarang pon bersekang mata nak cari duit .. inikan pulak program yg ntah apa apa hanya harapkan orang bank in duit utk dapatkan balik duit kita yang telah di beri kat orang lain. Bagi gua benda ni sia-sia jer. Jangan jadikan diri anda seorang pengemis cyber dengan mengemis secara moden menggunakan internet. Banyak cara lagi untuk korang dapatkan duit melalui alam cyber nih.