Archive for August, 2007
Posted by naza on
August 27, 2007
Aritu gua ader order satu cd Linux Ubuntu secara online. Gua ingat tak sampai dah,sebab benda ni dari Netherlands, tunggu punya tunggu akhirnya sampai gak. Sajer gua order sebab nak rasa versi baru. Dulu gua pakai versi lama 5.04 skang dah kuar versi baru. Dengar kata terbaru skang ni kuar pulak Beryl desktop untuk linux, yg ni lagi advance .Kalo install dan monitor kita pakai jenis touchscreen kita bole wat memacam sebab dia style 3D. Bole pusing dan tarik sesuka hati pakai telunjuk jer.

Ade masa nanti gua nak try install la kat linux ubuntu gua yg baru dapat nih.. nanti lepas install gua kasi demo kat sini. Nak tengok Ubuntu yg dah pakai Beryl berlambak kat Youtube. Taip jer Ubuntu+ Beryl.
Posted by naza on
August 20, 2007
Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!. Sungguh cepat masa berlalu yek. Skang kita dah masuk tahun ke 50 kemerdekaan Malaysia. Gua rasa kita patut sama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan kali ni supaya semangat cintakan negara tuh kekal di dalam jiwa kita. Bagi korang sumer, sempena kemerdekaan ni apa yg korang buat bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan dan menunjukkan semangat kemerdekaan yg ada dlm diri tuh? Kalau gua la, gua taruk bendera Malaysia je kat keta .
.
.
Posted by naza on
August 20, 2007
Tadi gua layan tenet terjumpa pulak satu perisian utk ubahsuai gambar secara percuma. Namanya Paint.NET dari Microsoft . Dengar katanya perisian ni akan menggantikan perisian paint yg sedia ada dalam windows.
System Requirements
Minimum System
* Windows XP (SP2 or later),or Windows Vista,or Windows Server 2003 (SP1 or later)
* .NET Framework 2.0
* 500 MHz processor (Recommended: 800 MHz or faster)
* 256 MB of RAM (Recommended: 512 MB or more)
* 1024 x 768 screen resolution
* 200+ MB hard drive space
* 64-bit support requires a 64-bit CPU that is running a 64-bit version of Windows XP, Windows Vista, or Windows Server 2003, and an additional 128 MB of RAM.

Gua saja jer download nak tgk.. tapi lepas je install memang canggih gak la. Rugi kalo korang tak download. Nak download klik SINI.
Posted by naza on
August 19, 2007
Hehehe.. korang pernah layan Joost? Joost ni merupakan TV Internet. Sekarang ni dah ade lebih 150 Saluran yg korang bole pilih bebila masa kalo nak tonton. Sekarang ni Joost masih lagi versi beta.

Kalo korang teringin nak layan Joost , korang kena downlod software dia, kalo nak software dia kena tunggu pihak Joos sendiri invite korang. Tapi gua bagi alternatif lain. Kalo korang nak cepat, korang bole suruh gua invite utk kasik link download, dan kalo nak suruh gua invite, korang mestilah daftar ahli kat blog ni baru gua invite hehehe.

Posted by naza on
August 18, 2007
Heheheh.. gua ada berita gembira. Beberapa ari lepas gua dapat ahli keluarga baru. Dengan kelahiran ahli baru ni mengenapkan 22 orang keseluruhan anak buah gua . Tapi gua rasa lam 2 3 minggu lagi tiba sorang pulak anak buah yg ke 23 sebab sekarang ibunya sedang sarat .

Nampak gayanya, raya puasa tahun ni gua kena tebalkan sikit poket gua utk habuan anak-anak buah. Makin sengkek la poket “bapak buah” nanti selepas balik raya. Yang nyatanya bagi bapak buah, ikan kering masin la jadi lauk sebulan selepas raya nanti hahaha.
p/s: gua setakat ni bole tgk jer la adik-adik dan abg abg dapat dukung anak sendiri. takpa-takpa.. tiba time gua nanti nak proses anak banyak banyak. hehehe.. Sementara kilang anak takdo laie..kita enjoy dulu pepuas..keh keh keh
Posted by naza on
August 16, 2007
Telur Separuh Masak.
Jojo dan Shasha membawa anak lelaki mereka yang berusia 7 tahun ke
klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka
membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata, “beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”Besok pagi, apabila anak mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.
“Engkau makan satu saja. Yang lain tu untuk ayah kau”, kata emaknya.
Posted by naza on
August 15, 2007
Siang tadik gua pi tgk pelancaran keta terbaru proton. Sempat gak la gua merakam sekeping dua gambo keta tuh. Nama dia “Proton Persona”. Memula tengok gua rasa macam nak jual balik jer keta savvy gua tuh pastuh angkat Persona nih.. Memandangkan sawi gua tuh takde problem lagi setakat ni jadi gua batalkan niat larrr nak amik. Lagipun Persona ni baru kuar belum tahu lagi problem dia macamana. Harap-harap segala masalah yg membelenggu proton selama nih terutama bab ‘power window’ tu tak berlaku kat model terbaru nih.

Jadi kat sini gua nak tanya korang lah.. yg sebenarnya Persona Ker Pesona ejaan yg sebetulnyer?? Gua memang salute la kat proton pasal dapat jual model terbaru ni dengan harga yg memang berpatutan. Abeehhh la Produa nanti.. Viva dia ngan Myvi dia jadi besi buruk lerk.. Viva 1.0 cc dah 42k.. Persona 1.6cc baru 45k pastuh besar, luas, canggih lagi ..

Murah giler dari 45k hingga 55K jer harga dia.. keta pulak bapak luas… kalo bonet belakang dia tuh gua rase muat nak sumbat bangla 5 orang utk seludup masuk ke Malaysia. Apa-apa pun esok gua dah booking nak test drive. Tgk ler macamana nanti.

Posted by naza on
August 14, 2007
Entah.. ngape ari ni gua rasa bosan sangat kat opis. Nak kata kerja takde kat opis rasenya berlambak .. web jabatan yg diamanahkan utk gua siapkan pon lom siap sampai sekarang. Tapi mungkin mood gua kot yang tak mengizinkan gua ceria. Tapi itulah org tua-tua kata, mood manusia ni bole berubah-ubah, begitu gak ngan gua.. balik jer umah lepas waktu keje mood gua terus jadik ceria.
Korang nak tau sebab apa, sebabnya ari ni lepas masuk umah, gua senyap-senyap bukak pintu bilik member gua dan akhirnya dapat gak merakam gamba member gua (budak poli) yg sedang tido petang. Gua namakan tido jenis ni ” TIDO TIRUK “. Budak ni sebenaunya menumpang jer kat umah gua sebab dia sedang praktikal kat jabatan gua skang nih, tu yang kuat tido petang tuh hehehe. .

Apa yang gua herannya.. dia siap bole tido kaki ala ala bersila.. pastuh selimut hapaknyer tuh dia bole buat tutup muka ..petang-petang hari lak tuh .. cis kurang senonoh betul la mamat tuh.
p/s: kejap lagi gua nak tunjuk kat dia gamba dia dah masuk ke alam cyber.. gerenti makan penyepak free ler gua pasnih hahahahahahahaha.