Apr
30
Posted by naza on
April 30, 2009
Korang pernah dengar Salam FM ? Gua pun baru je tau saluran radio ni, tu pun nak mujur serempak time godek godek siaran radio kat enset gua utk layan sebelum tido. Gua terus bingkas bangun dan ngadap laptop jumpa pakcik google nak tau radio ni sape yang punya. Rerupanya radio ni kepunyaan JAKIM. patut laa pepagi hari ade mengaji quran dan doa selamat. Ni dia maklumat yang gua dapat hasil dari menanya pakcik google.
Radio Jakim “SALAM FM” Mula Siaran
SALAM FM
Tag Line : Menjana Minda Ummah
Masa Siaran : Jam 0100 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari
Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam
Siaran Percubaan : Bermula 15 Februari 2009 Mulai Jam 0100
sehingga 0800, 7 jam berterusan
Frekunsi : FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG
FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT
FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON HIGHLAND
GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK) SW 6070 KILOHERTZ
GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER
SW 9750 KHZ 48.58 METER
Objektif :
1.Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;
2.Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;
3.Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia.
-Untuk lebih jelas korang bleh g sini.
Apr
07
Posted by naza on
April 7, 2009
Gambo-gambo sekitar majlis kawen gua. Kepada semua kengkawan yg sampai kat majlis gua tu, gua ucapkan jutaan terima kasih. Kepada yg pos hadiah dan antar ucapan melalui sms tu pun.. gua ucapkan terima kasih, walapon jasad tak sampai kat majlis kawen gua, sekurang-kurangnya roh tuh sampai jugak hehe.. Ingat jugak korang kat gua yg hina dina ni yerk.. kepada kengkawan yg takde “roh” dan “jasad tuh” .. gua paham la musti banyak keje kot.Gua harap korang doakan supaya gua kekal bahagia selamanya…amin..
Mar
02
Posted by naza on
March 2, 2009
salamz.. hari ini gua hilang lagi seorang kawan. punca kematian tak lain tak bukan adalah daripada rokok!!! beliau dijangkiti penyakit barah hati… Apapun.. gua harap pengunjung blog gua (yg muslim) dapat sedekahkan alfatihah untuk beliau (Badrul) … semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
Al-Fatihahh…
fikirkann:~ kepada yg masih merokok.. berhentilah.. sebelum terlambat…… umur masih muda..tapi dah terpaksa meninggalkan anak isteri…. yaa..ajal maut ditangan tuhan. tapi penyebabnya kita yang cari sendiri…
Feb
18
Posted by naza on
February 18, 2009
“Argh giler… ” tu ayat pertama gua bile masuk web nih!!? Mana tak gile nyer, barang pirate pun dijualnyer. Kononnya semurah RM 1.00. Memang le bole murah sebab software-software yang dah di crack tu ngko dapat free dari web-web warez ataupun DDL nyer web… pastu ngko jual balik kat orang yg tak tahu apa apa. Ngko terang-terang menipu orang yang tak tahu sangat perihal komputer dan tenet nih. Software-software tu semua bukannya bole pakai lama. Tersilap je tekan update ..dah takleh pakai.

–> antara email spam yg masuk inbox gua.

->> hurm.. memacam la yerk cara carik duit kat tenet skang nih…
Feb
14
Posted by naza on
February 14, 2009

–> memang teruja jugak yer rakyat Malaysia dengan Proton MPV nih. Kalo tengok kepada carian.. tempat teratas sekali. Ni hanyalah statistik yg dicatat dari blog gua yg satu lagi.

–>haha yang ni buat gua gelak sensorang. Ade lagi rakyat Malaysia yg layan tenet semata-mata nak cari bahan lucah. Ciss… membazir maser jerk..
Feb
13
Posted by naza on
February 13, 2009
Huh.. sekali lagi gua terima email dari pencuri cyber. Biasalah email mengenai maybank2u.com. Kononnya serious problem la tu.. Gua nak ingatkan korang semua, JANGAN PERCAYA MANA MANA EMAIL YANG BERKAITAN MAYBANK dan JANGAN CUBA LOGIN MENGGUNAKAN PAUTAN LINK DARI EMAIL TERSEBUT. Ini kerana maybank tidak sekali-kali berurusan dengan pelanggannya menggunakan email. Email yang korang dapat dan pautan link yg terdapat di dlm email tersebut JIKA DI KLIK akan membawa kamu ke laman web phising yang seakan-akan website maybank. Jika korang login dari situ, habis lah korang.. Username dan Password korang terus masuk ke inbox pencuri tersebut.
Ini email tipu yang gua dapat..

Yang Ni Pulak cuba perhatikan link website tuh.. Sepatutnya https://www.maybank2u.com..
Kalau korang nak main-main dan menyumpah/maki pencuri tersebut pun boleh, kat username dan password taip je apa yg korang suka dan tekan login. Nanti apa yg kita taip akan sampai kat email pencuri tuh (tapi jgn masukkan username dan password betul beb…)

Screenshot Yang kat bawah ni Link Sebenar maybank2u.com…
( kena perihatin sket.. kebanyakan yang kena tipu dia tak ambik kisah pasal link.. )

Perlu di ingatkan.. anda Jangan login maybank2u sekiranya link tersebut tidak bermula dengan https:// dan diikuti www.maybank2u.com.my/.
Dan jika anda terjumpa link/web phising sebegini.. rajin-rajinlah anda report kat Maybank dengan mengisi Phising Report Form .Semoga report anda tu dpt menyelamatkan orang lain dari tertipu.
Feb
09
Posted by naza on
February 9, 2009
Pheww.. pagi tadik gua masuk opis. Gua dapat berita baik. Mulai sekarang, gua tak perlu lagi risau pasal duit nak bayar parking keta tetiap bulan. Kjaan bitau dah bole claim balik tapi setakat rm90 je la.. Ok lah tu, janji bole membantu kakitangan kjaan macam gua ni. Itu pun dah cukup baik time ekonomi dunia tengah gawat nih..
Feb
05
Posted by naza on
February 5, 2009
Huh.. forum phpbb pun kena hack… kesian. Barang free pun ade jugak yg nak hack. Pelik tol. Nk tunjuk skill kotz.

Dan Ini dia web orang yg mengaku? buat kerja tolol tuh..
